Search This Blog

Tuesday, October 14, 2014

Kudat villagers protest against land intrusion

KUDAT - Some 30 residents from Kampung Tiga Papan staged a peaceful protest at the proposed/planned site which intruded into their village reserve land. The villagers also gave a stern warning to those who proceed with the land takeover.

One of the villagers, Encik Motuhai Mosugud Tanjung, said that Tanjung Simpang Mengayau or better known as "The Tip of Borneo" is also included in Kampung Tiga Papan area and under the administration of the Tiga Papan village chief (ketua kampung) since time immemorial. He also said the masterminds behind the land intrusion are its Ketua Anak Negeri (KAN) Aliasgar bin Alibaba and Abdul Hassan @ Lamsani bin Saluddari.

A police report on the case was already been made by Kg Tiga Papan village chief (ketua kampung) Antong Masunog.

It is also hoped that other NGOs will come to their aid to defend the rights and sovereignty of the village. What concerns the villagers is outsiders are erecting  houses  at the Keratang beachside and using pumpboats to ferry more unknown persons believed to be illegal immigrants into the area. These illegal immigrants are bringing huge and apparently heavy bags with them.

Results of the survey by the NGO Sabah Youth Solidarity Movement headed by Stephan Gaimin found that the area intruded are swampy land and opened up to be divided into lots.

Stephan Gaimin also urged MACC to investigate the Contractors Waja Enterprise (license registration 0120021023-SB076411) and the Kudat District Office in relation to Projek Infrastruktur Asas (PIAS) 2014, under the title: To construct new gravel road in Kg. Simpang Mengayau, Kudat, for fear of corruption involved.

According to the Kg Tiga Papan village chief, the name Kampung Simpang Mengayau does not exist and a survey by Sabah Youth Solidarity Movement confirmed that statement.

Also present in the protest GE 13 parliamentary candidate Mr. Robert Diun Mojurip and Sapp CLC.N4 Matunggong chairman Richard Jiun.


Dalam Bahasa Melayu ----------------------

AMARAN KERAS KEPADA PENCEROBOH TANAH KAMPUNG TIGA PAPAN

KUDAT, 13 Oktober 2014: Seramai lebih kurang 30 penduduk Kampung Tiga Papan Kudat berkumpul di tapak tanah yang dicerobohi membuat protes aman untuk membantah dan memberi amaran keras kepada penceroboh tanah Kampung Tiga Papan agar tidak meneruskan niat mereka untuk membuka perkampungan baru di rizab tanah Kampung Tiga Papan.

Seorang penduduk kampung Encik Motuhai Mosugud menyatakan bahawa Tanjung Simpang Mengayau atau lebih dikenali sebagai “The Tip Of Borneo” adalah termasuk dalam kawasan kampung Tiga Papan dan dibawah Pentadbiran ketua kampung Tiga Papan sejak daripada dahulu lagi. Beliau turut menyatakan dalang utama dalam pencerobohan tanah ini diketuai oleh KAN Aliasgar bin Alibaba dan Abdul Hassan @ Lamsani bin Saluddari Ketua Kampung Tiga Papan iaitu Encik Antong Masunog (72 tahun) menyatakan laporan polis sudah pun dibuat.

Beliau juga, turut berharap agar ngo-ngo yang lain dapat tampil bersama mereka untuk mempertahankan kedaulatan kampung Tiga Papan. Apa yang menjadi kerisauan penduduk kampung tiga papan, pada masa kini di pinggir pantai keratang orang asing telah membina rumah, dan dipercayai menjadi tempat persinggahan pumboat yang membawa banyak orang-orang yang tidak dikenali dipercayai Pendatang tanpa Izin. PTI ini biasanya dilihat membawa barang-barang yang menimbulkan syak wasangka iaitu beg-beg yang besar dan kelihatannya sangat berat.

Hasil tinjauan oleh NGO Solidariti Belia Sabah yang diketuai oleh Stephan Gaimin mendapati kawasan yang dicerobohi adalah kawasan paya bakau. Jelas kelihatan tempat tersebut baru sahaja dibuka dan telah dibahagikan mengikut lot, yang mana dapat dilihat daripada tanda-tanda yang ditinggalkan oleh penceroboh.

Stephan Gaimin turut menggesa SPRM untuk menyiasat Kontraktor Waja Enterprise (lesen pendaftaran 0120021023-SB076411) dan Pejabat Daerah Kudat, berhubung dengan projek infrastruktur asas (PIAS) 2014, dibawah tajuk: Bina baru jalan gravel di Kg. Simpang Mengayau, kudat kerana dikhuatiri berlaku unsur rasuah.

Kerana menurut Ketua Kampung Tiga Papan, nama Kampung Simpang Mengayau tidak wujud. Dan tinjauan kami Solidariti Belia Sabah jelas sekali tidak ada perkampungan dikawasan tersebut.

Turut hadir dalam protes tersebut  Calon parlimen pru 13 Encik Robert Diun Mojurip dan pengerusi SAPP CLC.N4 Matunggung Encik Richard Jiun

No comments:

Post a Comment