Search This Blog

Friday, July 20, 2012

Kedudukan Kekal Mewah harus dikaji, bukan dipuji


TENOM: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin (gambar) menegaskan bahawa kerajaan tidak perlu terburu buru memberi pujian prestasi kerja syarikat konsesi binaan jalanraya Kekal Mewah Sdn Bhd sebelum ianya terbukti kebenaran keberkesanan prestasi kerjanya.

Sebaliknya, kerajaan perlu meneliti dan menyemak teguran beberapa pemimpin kerajaan mahupun pembangkang sebelum ini berhubung kelemahannya dan bukan sekadar berlandaskan laporan atas kertas mahupun gambar gambar yang dibekalkannya sebagai pelengkap laporannya, katanya.

Roger berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pembantu Menteri Kewangan Datuk Donald Mojuntin di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru baru ini yang memberi pujian prestasi memuaskan terhadap Kekal Mewah yang dipertanggung jawabkan melaksanakan penyelenggaraan jalan jalan kampong diseluruh negeri ini amat bertentangan pada sebaliknya.

“Semua orang tahu diseluruh negeri ini kelemahan prestasi Kekal Mewah yang sepatutnya kerajaan mengkaji status kontrak perjanjiannya dan bukan membuat pujian. (Kerana), rakyat dikawasan akar umbi tahu semuanya tentang Kekal Mewah,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Jumaat.

Ketika persidangan DUN Sabah pada Khamis, laporan memetik bahawa Pembantu Menteri Kewangan Datuk Donald Mojuntin ketika menjawab Adun Bingkor Datuk Justin Guka dipetik sebagai berkata Syarikat binaan Kekal Mewah melaksanakan kerja dengan memuaskan berdasarkan laporan kerja yang dijalankan yang mengikuti skop kerja yang dibuktikan berdasarkan gambar gambar projek yang telah selesai disiapkan.

Dalam pada itu, Roger berkata, tidak dinafikan bahawa semua kerja kerja yang dijalankan Kekal Mewah terdapat beberapa projek berupaya disiapkan mengikut skop kerja dalam perintah am kerja (GWO) namun apa yang dipersoalkan ialah prestasi syarikat itu untuk menyelesaikan kerja kerja penyelenggaraan jalan jalan kampong yang merosot sekali.

“Dalam konteks inilah yang dipersoalkan rakyat dikawasan akar umbi, kerana pengalaman sebelum ini pernah berlaku jalan jalan kampong kena menunggu berbulan bulan untuk di selenggara, sedangkan dalam perjanjian syarikat ini dipertanggung jawabkan dari segi menyelenggara selain mempastikan jalan jalan kampong boleh dilalui kenderaan dari pelbagai jenis dalam keadaan selesa,” tegas Roger.

“Hari ini kita hairan pula? Secara tiba tiba sahaja kerajaan memberi pujian konon prestasi Kekal Mewah memuaskan, sedangkan masyarakat luar bandar pernah mencadangkan supaya perjanjian kontrak Kekal Mewah dikaji semula. Mungkinkah mereka tidak ambil peduli rintihan rakyat...atau buat buat tak tahu,” tambahnya lagi.

Tambahnya lagi, beliau tidak berniat untuk mempertikaikan usaha kerajaan dalam mengwujudkan sistem penswastaan keatas penyelenggaraan kemudahan awam dan infrastruktur penduduk luar bandar sebagai langkah penjimatan kos namun apa yang ditegaskannya adalah mengharapkan agar sesuatu tindakan kerajaan memberi menfaat sepenuhnya kepada rakyat dikawasan luar bandar.


Oleh: Ambrose M Matthew

21 comments:

  1. Kekal Mewah eh?Ini Syarikat Datuk Roland Tan yang mempunyai hubungan rapat dengan Datuk Anifah Aman ka? Saya dengar kontrek membaiki jalan luar bandar selama 20 tahun diberi kepada syarikat ini.Kalau betul memang mewah lah macam nama syarikat itu juga.Saya juga dimaklumkan anak Datuk Anifah juga menjadi Pengurus di syarikat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang hairan sangat?

      Delete
    2. kalau diberi kontrak selama 20 tahun maknanya Kekal Mewah ni memang dipercayai dapat jalankan kerja dengan baik.

      Delete
  2. Maaf!Nama tuanpunya syarikat Kekal Mewah adalah Datuk Robert Tan kuncu Datuk Anifah Aman.

    ReplyDelete
  3. ya betul tu dia juga adalah pemilik sebuah hotel mewah di saaaana KK... yang depan pasar polipin tu... Renaissance Kota Kinabalu Hotel, wooo kaya bah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama hotel tu Le Meridien bah.Istana Anifah Aman.

      Delete
  4. Diharapkan syarikat Kekal Mewah Sdn Bhd akan berusaha untuk menunjukkan prestasi yang baik dalam industri pembinaan jalan raya.

    ReplyDelete
  5. Johnny Longub, Sook KeningauJuly 21, 2012 at 10:29 AM

    Kritikan terhadap pujian Pembantu Menteri Kewangan Datuk Donald Mojuntin terhadap Kekal Mewah memang betul kerana "melampau" seakan akan kerajaan mahu menutup mata sebelah sedangkan prestasi Kekal Mewah memang teruk sekali...malahan terdapat bnyk kritikan daripada pemimpin akar umbi tetapi kena puji juga! Saya melihat Kekal Mewah ini mempunyai 'kekebalan' dari segi tindakan kerajaan...tak tahu apa istemewanya ini!?

    ReplyDelete
  6. Segala kelemahan harus diberi perhatian. Harus ada penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.

    ReplyDelete
  7. Jika tidak ada tindakan susulan siasatan harus siasatan dilakukan.

    ReplyDelete
  8. Sekarang ni yang sikaya terus menjadi kaya raya.Simiskin pula menjadi miskin papakedana.Makan hari-hari sesuap nasi dengan seisi keluarga dan kehidupan daif dalam negeri yang kononnya kaya dan maju.Wakil rakyat mereka asyik menjadi 'full-time contractor' dan turun-naik bangunan kerajaan cari projek dan kelulusan KM dan duduk makan kepala ikan dengan kontrektor ternama yang menjadi pula sumber kewangan mereka.Malam pergi berpoya-poya dengan GRO yang cantik molek.Mereka lupa rakyat yang menderita.Perbelanjaan mereka pada satu malam dikelab malam boleh menampung satu keluarga dengan 4 anak selama 6 bulan.Untuk menampung kehidupan mewah maka mereka memelihara tauke kontrek sebagai kroni dengan melobi kontrek berjuta-juta ringgit.Inilah Sabah,dimana wakil rakyat dan menteri adalah juga kontrektor kerajaan.Dimana harapan rakyat untuk cari makan?

    ReplyDelete
  9. Lumrah politik Sabah.Kalau mahu cepat kaya masuk politik.Kalau mahu kaya raya jadi wakil rakyat.Kalau mahu jadi jutawan jadi menteri.Memang betul agenda pertama wakil rakyat kerajaan adalah cari projek dan menjadi kontrektor.Kalau di Singapore gaya tersebut sudah kena masuk penjara atau lompat dari tingkat 20 untuk menutup malu.Di Sabah kalau wakil rakyat atau ketua bahagian tidak pakai Ninja king ianya tidak sah.Mesti kena beli Ninja.Jadi untuk beli Ninja mesti cari projek.Itu saja kerja mereka sebagai ahli politik atau wakil rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahu jadi wakil rakyat kena ikhlas. Memang masing2 mahu senangkan diri dulu tapi jangan sampai tanggungjawab asal diabaikan. Rakyat sudah beri kepercayaan.

      Delete
    2. Keutamaan wakil rakyat adalah memperjuangkan nasib rakyat bukan diri sendiri dulu.Mentaliti beginilah mengakibatkan rasuah berleluasa diSabah.Rakyat sepatutnya sudah tukar persepsi bahawa wakil rakyat bukan dipilih supaya keluarga mereka dan masuk diri sendiri jadi jutawan.Kalau pemikiran ini berterusan maka 'lingkup'lah Sabah.

      Delete
    3. kalau mahu masuk politik pun tapi tujuan utama untuk menjadi kaya, memang tidak layak untuk jadi wakil rakyat.

      Delete
  10. Tiada yang sempurna. Jadi kalau ada kelemahan, akun saja dan perbaikinya.

    ReplyDelete
  11. tak salah memuji jika prestasi benar2 baik. jika tak baik beri teguran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prestasi baik memang patut dipuji. Ada la dengki tu

      Delete
  12. Lebih baik keluarkan YTL daripada SAPP, dia tu liabiliti parti saja.

    ReplyDelete
  13. Kekal Mewah harus memastikan apa yang dirancang akan dilaksanakan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  14. Baru2 ni jalanraya d kg.rancangan belia tiulon sook keningau telah diselenggara oleh syt ini malangny, kerja2 itu x disiapkan seperti yg sepatutny. Jalan raya hanya dibaiki separuh jalan saja. (Blok A). Manakala hanya sedikit saja batu dtabur ke jalan,malah ada jalan yg langsung x dibaiki. Alasan pekerja,mereka mengikut jarak yg telah dtetapkn oleh majikan. Mengapa pula hanya separuh jalan saja yg dselenggara sedangkn jln tersebut msh lg jalan raya d kampung? Penduduk yg tinggal d hujung jln tersebut sukar utk mendapatkn bas utk ke pekan kerana bas mini susah utk masuk ke jln d situ kerana keadaan jln yg blubang2 dan blopak.

    ReplyDelete