Search This Blog

Tuesday, December 20, 2011

Sabah tersilap langkah akan jatuh ke tangan sultan Sulu

Saudara Pengarang,

SEDAR tak sedar tiang kuasa sudah di tanam di Sabah, sehingga kini tidak ada tindakan terhadap Sultan Sulu oleh kerajaan Malaysia. Mungkinkah ada agenda tersembunyi di antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Sulu? Kalau diamati kuasa parti politik tempatan sudah tiada melalui pengagihan kerusi yang tidak seimbang.

Jikalau parti tempatan bersuara pun tidak akan dilayan sebab autonomi itu dipegang oleh parti semenanjung; tidak mustahil masa kan datang parti parti  tempatan ini akan dihanyutkan oleh tangan tangan  ghaib. Pada masa itu mungkin ada satu parti baru yang muncul sebagai ganti kepada parti tempatan ini dan percayalah parti itu dikuasai oleh pemimpin pemimpin asing yang diberi kewarganegaraan songsang.

Malahan  pada masa itu kerajaan Sulu tidak perlu lagi berperang untuk mendapatkan kembali Sabah yang kononnya tanah mereka tetapi hanya melalui politik maka mereka akan berkuasa. Sultan sudah ada, politik sudah dikuasai dan pada masa ini sabah akan bersultankan pemerintah sulu. Lihat sahaja jumlah terkini PATI di sabah, jelas ia melebihi jumlah penduduk tempatan.

Pada masa yang sama kerajaan Malaysia tidak berbuat apa apa walaupun ada beberapa pemimpin menyuarakan kebimbangan ini. Ingat! saudara jika benar andaian saya ini maka kita seperti bermain catur yang mana bila akhirnya pihak lawan berkata "checkmate" dimana segala pergerakan terkunci.

Dalam pada itu,  untuk penyelesaian masalah ini, kita perlu kembalikan kuasa autonomi sabah terlebih dahulu; rakyat tempatan Sabah perlu bersatu untuk menumbangkan kerajaan yang ada sekarang (UMNO-BN). Maknanya bersatu di bawah parti tempatan yang menentang kerajaan pada masa ini.

Jikalau ini pun sukar kita lakukan maka suatu hari nanti kita akan berputih mata. Renung-renungkanlah wahai rakyat tempatan Sabah; kerana  dalam politik tiada yang mustahil maka oleh itu kita mesti bijak mengatur langkah dan bukannya mudah dikaburi oleh kekayaan yang diberi.

Para pemimpin politik Sabah yang kini berkuasa perlu bijak dalam hal ini dan bukannya tunduk kerana takut hilang kuasa dan kekayaan; janganlah fikir kepentingan diri sendiri tetapi fikirkanlah apa yang akan berlaku terhadap rakyat sabah pada masa akan datang.

sekian.

ROGER STIMIN

60 comments:

  1. Saya ingat penulis ini sudah berkarat fikiran nya dan hanya pandai menakutkan rakyat.Dia ingat dengan cara ini rakyat berpaling tadah ke pembangkang dan seterusnya mereka berpeluang menjadi kerajaan.

    Saya ingin tanya apakah pembangkang boleh buat dengan PATI sekiranya jadi kerajaan sekiranya kerajaan pusat maseh dalam gengaman BN? Timbulnya PATI ini kerana PBS menjadi kerajaan dulu dan masa itu juga YTL maseh dalam PBS.Adakah sekiranya pembangkang jadi kerajaan PATI akan berkurang atau makin bertambah.

    Rakyat Sabah ingin hidup aman damai dan jangan lah di api-apikan semangat mereka menentang dan membenci kerajaan.Kesimpulan penulis juga bukan datang dari otak yang cerdek tapi dari seorang yang bodoh berlagak pandai.

    Kenapa penulis tidak buat andaian Malaysia berkemungkinan jadi negara republic satu hari nanti? Kenapa pula buat andaian Sabah akan mempunyai sultan? Berasaskan dalam politik semua nya tidak mustahil jadi kedua-dua andaian pun berkemungkinan berlaku.Fakta nya kedua-dua nya karut dan tidak akan terjadi.

    ReplyDelete
  2. Draconian BN/UMNO=Sultan SuluDecember 20, 2011 at 5:04 PM

    Saya amat bersetuju dengan penulis artikelini kerana dia memperkatakan tentang benda yang ada didepanmata.

    30tahun lalu, terdapat segelintir pemimpin dan rakyat biasa yang melihat isuyang wujud sekarang secara futuristik dan cuba memberitahu pada rakyat tempatan secara lisan tanpa bantuan media dan amat terhad.

    Ternyata apa yg disuarakan 30 tahun lalu itu memang benar berlaku . Ini semua tak akan berlaku jika terdapat media seperti sekarang dan jika para pemimpin KDM khususnya tidak TIDUR kerana hanya pentingkan wang, harta dan kekayaan.

    Kini nasi sudah jadi bubur namun sedikit harapan yang kita masih ada perlu dipupuk dibajai dan disemarakkan kepada generasi muda kerana sudah nampak dgn terang rancangan jahat UMNO untuk menjual Sabah kepada kesultanan Philipin atas alasan memberi negara kepada Bangsa Moro dan Suluk yg sudah lama berjuang di tanah air mereka. (KONONNYA).

    Sekarang ini, Sabah bagaikan pusat penempatan ekspress bagi PATI Philipina dan yg menghairankan ialah, Sabah bukan negeri yg besar tapi UNCHR buat berpuluh-puluh penempatan PATI kononnya pelarian perang.

    Dulu, waktu pelarian vietnam datang ke Terengganu, mereka ditempatkan di Pulau Bidong, tapi di Sabah mereka ditempatkan di Tengah2 bandar malah merekabebas membuat rumah di manasahajayang mereka suka.

    Mereka bukan sahaja jadi pengundi BNUMNOyang sengaja diselerakkan di seluruh Sabah, malah mereka dilantik memegang jawatan tinggi2 seperti JPN,SPR,JTS dan lain2.

    Jadi adakah perlu kita orang asal Sabah mengundi BN/UMNO?

    Fikir2kanlah.

    ReplyDelete
  3. Kpd sdra Anak Petagas, jikalau sdra rakyat jati Sabah sudah pasti sdra tdk tergamak membela nasib PTI yg kini bagaikan 'bom jangka' akan meletupkan Sabah bila2 masa.

    Lantaran itu, tentunya rakyat Sabah tdk puas2 mencemuh perbuatan seorang yg bergelar MANUSIA tetapi berkelibatkan spt 'musang berbulu ayam'.

    Mungkin juga sdra ini ingin melihat rakyat Sabah terus hancur dan sdralah sebagai wiranya...tetapi malangnya perhitungan sdra sama sekali salah kerana dimabukkan kemewahan yg dihulurkan PTI serta Akjan barangkali yg sudi menjadi taming mereka.

    Sdra Anak Petagas...persoalan yg ditimbulkan Roger Stimin bukan ada kaitan dgn politik mahu pun menakut nakutkan rakyat tetapi sdra harus membuka mata seluas luasnya apa telah berlaku diSabah hari ini berbanding ditahun 1970an ketika PTI mula berhijrah ke Sabah berstatus 'Pelarian' bersama Akjan.

    Tahun 1990an apabila kerajaan Persekutuan gagal menjatuhkan PBS secara tipu muslihat menerusi pilihanraya...UMNO diundang khas ke Sabah mengambil alih perjuangan USNO kerana UMNO menggunakan kuasa yg ada utk menjatuhkan PBS dlm apa keadaan sekali pun.

    Ternyata dgn bantuan PTI yg diberi KP menerusi pintu belakang dan didaftarkan sbg ahli UMNO dan pengundi dlm daftar SPR mereka (UMNO) berjaya menjatuhkan PBS pada tahun 1994 dengan cara yg tdk bermoral.

    Tahukah sdra Anak Petagas bhwa PTI yg diberi KP diSabah lebih 600 ribu setakat ini. Ini dpt dibuktikan dlm buku Mutalib MD dan senarai aktivis politik Dr Chong Rng Leong ketika memberi keterangan dlm perbicaraan dihadapan Hakim TS Kamil semasa petisyen DUN Likas tahun 1999 yg kemudiannya tdk sah kerana terdapat dakwaan sahih ada PTI terdaftar sbg pengundi DUN Likas pada ketika itu.

    Tidak percaya lagi, sdra Anak Petagas boleh tanya OKK Hasnar Ebrahim bekas KD Sandakan yg memberi pengakuan bersumpah telah terlibat dgn operasi pemberian KP palsu dan Projek IC.

    Kenyataan Roger Stimin yg juga seorang Peguam tdk sekali kali cacat kerana palsu atau menakut nakutkan spt dakwaan sdra tetai apa yg dijelaskannya adalah benar dan akan berlaku suatu hari nanti jika kerajaan pusat masih terus memperlekehkan undang undang sebagai alat permainan.

    ReplyDelete
  4. Kadang2 orang KDM sendiri pun x tau asal-usul dorang balik2 dorang bilang keturunan drp Negeri Cina padahal kebanyak KDM ori ada darah keturunan Tausug/Suluk tapi x Islam lagi,sebelum British datang perniagaan adalah "Ă–rang jual Orang " mengayau Kepala-Pengait.Yang bising2 takut Sultan Sulu sebenarnya adalah keturunan pendatang!Bertuankan Sultan Brunei dan Sulu sudah wujud sebelum Chartered Company datang pada tahun 1881.Apa yang takut dengan Sultan Sulu! itu cuma fantasi Datu Akjan,Sabah kan masih in one piece,kalu diorang garu kita cakar diorang.....!!!!!

    ReplyDelete
  5. Boleh kah Sabah mendapat 2/3 undi Parlimen untuk menjadi negeri bersultan?

    Ini bukan semata-mata keputusan PM tapi Parlimen dan Majlis Raja-Raja.

    ReplyDelete
  6. saya sebagai remaja yg lahir d sabah sebagai anak dusun pun ada niat mau nie sabah bersih dr PTI tp oleh kerana jumlah mereka terlalu ramai,kita terpaksa berdiam diri. dan jika btl sabah akan diserahkan kepada mana2 antara dua yg d katakan,biar saya mati mempertahankan tanah yg saya pijak dari saya lahir dari duduk diam2 jadi pelarian di tanah sendiri. saya x peduli psl politik dan saya x akan mengundi langsung. kalau kita rakyat sabah bersatu hati lawan nie PTI,mereka akan lari juga. darah bayar darah. saya pasti ramai di antara kita yg berketurunan pahlawan. jangan takut mati berjuang untuk sesuatu yg baik.

    ReplyDelete
  7. kepada anak petagas,diera pemerintahan PBS IC palsu berluluasa sebab UMNO ingin mematikan usno,nah sekarang USNO sudah ada batu nisan disebabkan oleh PTI,siapa kah yang membuat IC palsu kalau bukan UMNO celaka ini,baru kamu tahu bajau dan kedayan serta brunai saya cadangkan tiap-tiap tahun kamu pegi sembayangkan batu NISAN itu USNO...najarah terlampau cium pantat UMNO

    ReplyDelete
  8. Jangan terpedaya dengan hasutan pembangkang yang mahukan PATI pulang sebab mereka takut menjadi minoriti di Sabah dan hilang kuasa politik.

    ReplyDelete
  9. Penulis ini peguam konon tapi macam tidak tau perlembagaan Malaysia.Senang ka sultan di tabalkan di Sabah.Kita sudah dalam Malaysia jadi sultan Sulu atau keturunan nya tidak di iktiraf di Malaysia sebagai sultan di Sabah.

    Kalau sultan Sulu jadi sultan di Sabah kita sudah jadi negeri Pilipin bukan Malaysia lagi.Bodoh,lol punya peguam.

    ReplyDelete
  10. Rakyat Sabah perlulah mempertahankan Sabah, jangan biar ia terjatuh ke tangan Filipin.

    ReplyDelete
  11. Sultan Sulu tidak patut terus tinggal di Sabah, jangan campur tangan dalam politik Sabah.

    ReplyDelete
  12. Anak Petagas dan Anon,

    Jika kamu itu orang asal Sabah, kamu pastinya tidakmemihakkepada PATI, khususnya PATI dari PHILIPIN dan Indonesia.

    Hakikatnya ialah, mereka ada negara berdaulat sendiri!
    Namun mereka terdiri dariorang2 jahat! Mereka tidak mahu dan tidak boleh berurusan secara aman melainkan secara peperangan,penculikan dan pembunuhan!

    Bila mereka diburu atasjenayahyang mereka lakukan maka merekapun larike Sabah dan mulalah mereka menuntut kononnya mereka berhakke atas Sabah.

    Celaka kau Anak Petagas! Jika kau anak Sabah, kau tidak akan pernah membela PATI walaupun kau islam tapi aku tak respectkau kerana kau sebenarnya keturunan PATI yg turut terlibat mengeluarkan IC secara bekerjasama dengan individu2 tamak seperti kau.

    Kau ambil kesempatan mencari kekayaan ke atas PATI!Kekayaan yangkamu dapat itu adalah Haram!
    Kamu tidak Layak tinggal di bumi Sabah!

    You get out of Sabah and go back to philipin with yourbrother Akjan Taik Kucing!

    ReplyDelete
  13. SO DO NOT FLIGHT AND BE UNITED AND I AM SURE YOU STILL WANT TO BE SABAHAN AND NOT A DIFFERENT NAME UNLESS YOU ARE DIFFERENT !!

    ReplyDelete
  14. To Anon,
    Hei Anon! kau lupa ya, bahawa ini Malaysia adalah BOLEHLAND! Perlembagaan apa? Apa?

    Kalau sekadar nak jadikan Sabah negeri bersultan, itu kecil saja itu!
    Lihat saja isu2 semasa sekarang. Akta perhimpunan aman sudah diluluskan walaupun dibantah oleh pelbagai pihak termasuk NGO antarabangsa.

    Kes2 rasuah yg kononnya salah di sisi undang2, mana ada tindakan. Nampak?

    So, di Malaysia ini, sesuai dengan slogan 'Malaysia Bolehnya' maka apa yang Sdra penulis artikel ini nyatakan adalah satu pandangan yang terang lagi bersuluh. Bukan futuristik! Sudah depan mata!

    Woii!! Terang2 buat majlis pertabalan sultan di Likas lagi. Ditangkap lalu dibebaskan. Malaysia Boleh! Tiada maruah , hingga Akjan the cuci kereta pilak, yg pernah ditangkapkerana buat Projek ICpun terlepas begitu saja.

    Hello Anon, Kaupun keturunan pilakkah?
    Kalau ya, go to hell! Orang kamu senang2 memenuhi Sabah macam sampah bawabanyak masalah sosial di sini.

    Mereka bawa bersama mereka budaya samseng dan Ganas, Syabu dan merampas segalahak Sabah!.

    ReplyDelete
  15. To Anon,
    Wah bukan main lagi kau mengempen kau punya keturunan yg kini sudah memenuhi Sabah.

    Ternyata kau dan Anak PetAGAS adalah sebulu atau adik beradik. Kamu ingat kamu akan selamat dunia dan akhirat dengan menjualnegerikamu kepada PATI?

    Itupun jika kamu ini anak Sabah. Tapi dari cara kamu membuat komen ternyata kamu ini memang PATI yang mendapat kewarganegaraan melalui Projek IC Mahatir yang Akjanpun terlibat.

    Kau bilang ini orang Dusun berasal dari philipin baNGSA tAUSUG!
    Jangan kau jadi ahli sejarah Tai Kucing!
    Kau mau bela itu Sultan Sulu yang jual ini Sabah sama Sultan Berunai!
    Woii!! Bongo, buat kenyataan berbentuk sejarah baca buku secara mendalam sikit,ngok! Mentang2 kau tu PATI kau mahu tunjuk kasih sayang kau sama Akjan taik kentut itu.

    Kau bilang bersatulah PATI supaya orang asal Sabah jadi minoriti?
    Apa punya manusia kau ini? Kau asal PATI sudah dapat segala kemewahan di Sabah mahu campur politik lagi!
    Hei, kau baliklah! Balikkkkkkkk!!!!!!

    Semua orang sudah tahu BN/UMNO itu=PATI
    Jadi apa lagi yangkau mahu cakap? PATImacamkau dan Anak Petagas+ Akjantut =Balik philipin.

    Kenapa? Takut kamu tidak diterima dinegara asal nenek moyang kamu? Kehadiran kamu di Sabah telah menukarkan Sabah sebagai negeri sampah yang dipenuhi oleh PATI.

    PATI, you are not wantedhere in Sabah.
    Balik kamu, tebal kulit! Kamu tiada hak tinggal di Sabah!

    ReplyDelete
  16. Hei, Anon, kau ini bodohlah! Yang kau marah dengan penulis ini kenapa? Dia ini menulis apa yangdiatahumelalui perspektif politik di Sabah atau Malaysia yang semuanya BOLEH!

    Kau apa? Kau peguamkah?
    Saya tau, kau adalahPILAK@PATI.
    Berambus kau. Tolongbawa bersamasukusakat kau yg memenuhi Sabah kalau kau berani atau Hero!

    Uinaa, banyak bah itu pulau sana Philipin itu. Nah kalau pintar, kamu minta satu pulau dan di sana nanti bebas lahkamu lantik si Akjan jadi sultan.

    Jangan pigi jadi sultan di negeri orang.
    Kamu pintar di Sabah, tapi tidak pula kamupintar dinegeri kamu sendiri.

    Maluuuu!!!

    ReplyDelete
  17. Tidak mungkin Sabah akan jatuh ke tangan Akjan, pemimpin dan rakyat Sabah masih waras lagi. Diharap rakyat Sabah jangan cepat terpedaya dengan Akjan. Harap2 juga para pemimpin dapat memimpin Sabah dengan bijaksana.

    ReplyDelete
  18. mudah2an tidak akan pernah salah langkah sehingga si Akjan dapat ambil kesempatan ke atas Sabah. Si Akjan ni tidak seharusnya bebas dan bertindak sesuka hati dia. Kerajaan perlu menyekat dia supaya rakyat berpuas hati.

    ReplyDelete
  19. apa kata para pemimpin Sabah tentang kembalinya Akjan ke dunia politik? tak dengar pun ulasan mereka.

    ReplyDelete
  20. Akjan Akjan..licik sangat ko ni. pemimpin besar pun boleh terpedaya.

    ReplyDelete
  21. memang tidak puas hatilah dengan pembebasan Akjan ni. betulkah dia ni dilindungi oleh tangan2 yang berkuasa??

    ReplyDelete
  22. tindkan akjan tabalkan diri sebagai sultan adalah satu penghinaan keatas kedaulatan negara kita. seharusnya ambil tindakan tegas keatasnya.

    ReplyDelete
  23. jika Akjan terus bebas, dibimbangi ramai lagi orang yang akan berkelakuan seperti Akjan. kita jgn biarkan orang seperti Akjan ada di negara kita.

    ReplyDelete
  24. Why Akjan has to be existed? Can he just go out there and find something else to do?

    ReplyDelete
  25. Akjan sememangnya suka cari pasal. Yang lebih menghairankan ialah bagaimana dia boleh menjadi ketua Pekida sedangkan dia cakap dia tu orang Sulu?

    ReplyDelete
  26. Jangan terlampau marah nanti lekas tua.Hahaha!

    Kalau kena 'heart attack' lagi teruk.Tidak dapat buang undi pula.Hahaha!

    ReplyDelete
  27. W/pun takda bukti sah yang menunjukkan si Akjan ni terlibat dengan projek IC, namun jauh disudut hati saya terdetik juga kebenaran dakwaan yang dilemparkan terhadap si Akjan ni.

    ReplyDelete
  28. Bukan berniat menunding jari namun kata orang takkan pokok bergoyang kalau takda yang menyebabkannya bergoyang kan???

    ReplyDelete
  29. Saya tidak tahu apa sudah jadi dengan politik sekarang namun saya harap kerajaan dapat menyelesaikan isu pati secepat mungkin sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  30. Apapun, sekarang ni semuanya terpulang pada rakyat untuk membuat perubahan. Gunakan kuasa yang ada sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  31. Semoga hal ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak-pihak berkenaan.

    ReplyDelete
  32. this fake "sabahan" guy has no rights to voice out his opinion regarding the RCI matter.

    ReplyDelete
  33. its quite surprising to see akjan walking freely after he appointed himself as the sultan of sulu..

    ReplyDelete
  34. I hope this PATI issue will solve before election comes. Sabah is better off without those troublesome PTIs.

    ReplyDelete
  35. I hope no such possibilities.

    ReplyDelete
  36. Jadi jangan sesekali tersilap langkah.

    ReplyDelete
  37. seperti biasa.. buat kenyataan berdasarkan imaginasi.. kemudian mencadangkan penyelesaiannya iaitu memberikan pemimpin2 SAPP peluang kedua menjawat jawatan kabinet..

    ReplyDelete
  38. Tangkap balik si Akjan dan sumbatkan ke dalam penjara. Kalau Nazi masih ada, habis ni PATI disumbat ke dalam chamber dan dihapuskan. Payah2 lagi mahu hantar balik, mahu kasi penjara..mereka sukalah tu makan percuma.

    ReplyDelete
  39. Best for Sabah to be independant than joining the SULU. Do protect the Land of SABAH. (LAND BELOW THE WIND)

    ReplyDelete
  40. Awas! Anak Petagas adalah pengikut tegar si Akjan terrorist!

    Jumpa si Anak Petagas, ganyang kau habis2an sampai kau tercirit IC projek!

    ReplyDelete
  41. I don't think this will happen.

    ReplyDelete
  42. Solve this PATI issue as soon as possible. It's bugging everyone.

    ReplyDelete
  43. It's too late. There's no turning back.

    ReplyDelete
  44. Adakah Akjan dilindungi oleh mana-mana pihak untuk berbuat demikina?

    ReplyDelete
  45. RCI ditubuhkan untuk mengenal pasti masalah.

    ReplyDelete
  46. Akjan should not come back.

    ReplyDelete
  47. Rakyat harus diutamakan. Pemimpin yang mementingkan diri akan disingkirkan.

    ReplyDelete
  48. Ambilah tindakan yang paling berkesan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jika RCI diperlukan, seharus bertindak cepat juga.

    ReplyDelete
  49. pandangan Akjan tidak boleh diterimapakai.

    ReplyDelete
  50. usaha untuk menyelesaikan masalah pati perlu dilakukan berterusan.

    ReplyDelete
  51. harap penyelesaian terbaik untuk masalah pati akan dapat dicari.

    ReplyDelete
  52. Akjan harus dihantar balik ke negara asalnya kerana kewarganegaraannya adaslah palsu!

    Akjan adalah lanun dan tidak boleh tinggal di Sabah.

    ReplyDelete
  53. Akjan sudah lama merancang untuk berkuasa di Sabah!

    Akjan juga sedang merancang untuk membuat huru hara di Sabah

    ReplyDelete
  54. Jika tidak ada pengawasan dibuat kepada Sultan Sulu palsu ini maka ini akan mengugat keamanan negara kita pada akan datang. Jangan biarkan Akjan terlepas begitu saja.

    ReplyDelete
  55. Pasti ada sesuatu yang telah dirancang oleh Akjan untuk menawan Sabah. Sebab itu kes mengenai Projek IC itu terjadi oleh Akjan bagi meraih sokongan dari orang-orangnya.

    ReplyDelete
  56. Jangan biarkan Akjan terus berlegar di Sabah. Seharusnya perlu diambil tindakan undang-undang kerana apa yang telah dilakukannya sebelum ini yang mentabalkan diri sendiri sebagai sultan sulu di Sabah secara tidak Sah.

    ReplyDelete
  57. setuju ngan penulis artikel ne..zmn PBS adalah yg terbaik..xmcm skrg..PATI dmna2 pn ada..kdang2 tkut mau jln..kta tkut d negeri skrg..hurmm

    ReplyDelete
  58. semoga apa yang sedang terjadi dapat di selesaikan dengan cara damai, dan tidak ada pihak yang di rugikan,, antara malaysia denga kerajaan sulu

    ReplyDelete