Search This Blog

Wednesday, December 21, 2011

Perkasa: Melayu tidak keluar undi jika SPR guna dakwat kekal



G Manimaran (TMI)

PERKASA menolak keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang semalam mengumumkan akan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 atas alasan orang Melayu tidak akan keluar mengundi selain; mendakwa ia bertujuan mengurangkan peratusan pengundi kalangan kaum itu kelak.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.

Selain itu kata beliau, Perkasa percaya ramai pengundi Melayu tidak akan keluar mengundi jika penggunaan dakwat kekal diteruskan.

Semalam SPR mengumumkan bahawa semua pengundi wajib dicalit dengan dakwat kekal dan sekiranya mereka enggan berbuat demikian, maka pengundi terbabit tidak akan diberikan kertas mengundi.

Langkah itu seiring dengan syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.

“Adalah memalukan negara yang jauh lebih maju dari negara-negara membangun lain mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum.

“Malaysia bukan negara seperti Somalia, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Kemboja dan lain-lain negara mundur yang rekod pengenalan diri masih tidak canggih, yang menggunakan kertas biasa dengan maklumat peribadi tulisan tangan. Memalukan,” katanya.

Syed Hassan juga mendakwa Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal adalah daripada pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh kerana ia cara untuk membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi.

“Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal.

“Dan, kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?” katanya.

Oleh itu kata beliau, kerajaan perlu berfikir dengan sebaik-baiknya keputusan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13.

Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, dakwat kekal ‘silver nitrate’ akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 dan ia berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata, dakwat kekal yang mengandungi ‘silver nitrate’ itu telah dihantar ke Jabatan Kimia pada 9 Disember untuk diteliti kandungan dan kesesuaiannya digunakan di negara ini dan seterusnya akan dihantar ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memastikan ia sesuai digunakan orang Islam.

Dakwat itu juga dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk memastikan ia tidak menjejaskan kesihatan pengguna secara umum.

Menurut Aziz, dakwat ini mengandungi logam silver nitrate apabila dicalit pada kuku jari dan akan diserap dalam kuku kulit.

Dakwat kekal silver nitrate tujuh peratus digunakan untuk pengundian awal iaitu hari pembuangan undi khas untuk anggota tentera, pasangan anggota tentera, polis dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am manakala dakwat kekal siver nitrate empat peratus bagi pengundian biasa.

25 comments:

  1. Itu cuma pandangan Perkasa sahaja, tidak mewakili semua pengundi Melayu.

    ReplyDelete
  2. SPR perlulah memastikan PRU berjalan dengan adil, penggunaan dakwat kekal adalah cara untuk mengelakkan daripada pengundian ulangan.

    ReplyDelete
  3. Syed Hassan cuba meracuni pemikiran SPR. PSIKOLOGIkelas kambing! Hahaha!

    Kenapa orangMelayu terlampau suci punya orangkah, sehingga jari kena dakwatpun tak boleh? Apa,Haram?

    Jadi yangrasuah samafitnah bukan haram?
    Lagipun, orang yang cakap inipun yang tiap hari guna ballpen atau pen untuk menulis?

    Jadi semua alat tulis itu yang didunakan di sekolahpun haramlah ya?

    Wakakakaaaak!!!
    Palui punya PERKASA! Ya PERKASA BODEKKKK!
    Jual ubat! Tidak lakulah.

    Syed Hassan bukan Melayu asli , Ibrahim Alipula keturunan orang Semai, bukannya Orang Melayu!

    Lucuuuu! Tembirang punya manusia. Mau berlagak hero orangMelayu Konon.
    Pui!!!

    ReplyDelete
  4. Kalau orangMelayu tak keluar mengundi, salahkan Perkasa keranan menghasut mereka!

    Bagus juga, supaya semua pengundi si Ibrahim Ali tidak keluar mengundi!

    Kahkahkah!

    ReplyDelete
  5. Perkasa, tiada sekolah!

    Bukan semua orang Melayu bodoh!

    Satu kenyataan Bodek, dapaaaat satu juta!
    Seronokkan tukang bodek ni!

    HEhe!

    ReplyDelete
  6. Eleh, siapa yang percaya dengan PERKASA yang terkenal dengan keganasan dan RACISTnya itu.

    PERKASAitu siapa? Manusia biasa , sama2 makan nasi. Jangan takut, PERKASA bukan dilahirkan untuk menakut2kan rakyatMelayu atau Islam.

    Lidah bercabangsejuta, apa kita bolehpercaya?
    Ia bertopengkan agama dan bangsa.

    Bagus tukarkan nama PERKASA kepada RACIST! Ah, itu ngam!

    ReplyDelete
  7. kalau kata sepakat sudah menentukan untuk menggunakan dakwat kekal, teruskan saja. tidak perlu mendengar ugutan Perkasa ni.

    ReplyDelete
  8. kalau sistem biometrik sekalipun diguna, kalau pihak pelaksana tidak amanah dalam jalankan pilihanraya, hasilnya tetap sama juga. jadi, bukan sistem itu sebenarnya yang bermasalah tapi manusia yang melaksanakannya.

    ReplyDelete
  9. SPR dah putuskan untuk menggunakan dakwat kekal dan ia dieprsetujui oleh pelbagai pihak. PERKASA kena terima keputusan ini dan tak perlu nak menghasut orang Melayu untuk tidak mengundi.

    ReplyDelete
  10. saya pasti ramai golongan Melayu yang tidak akan ikut gesaan PERKASA, SPR hnya nak memastikan pilihanraya berjalan dgn adil bersih dan lancar.

    ReplyDelete
  11. Kaedah2 haruslah dapat menyelesaikan masalah2 yang dibangkitkan. Utusan tidak perlu menolak sebab majoriti rakyat M'sia menginginkan perubahan.

    ReplyDelete
  12. Perkasa bukannya mewakili suara majoriti kaum melayu. Pelaksanaan harus dilakukan dengan jujur dan amanah.

    ReplyDelete
  13. indelible ink is widely supported by all Malaysians who want fairness and honesty in our elections...Not Perkasa to tell us their utter nonsense and trash.

    ReplyDelete
  14. Jika boikot oleh sebahagian melayu tu disabalik keadaan memang ada bagus bagi berubah kan?

    Tanpa golongan sial ni Malaysia akan jadi lebih adil dengan karajaan baru je!

    SPR turuskan saja paduli apa jerit2 tu Perkasa.

    ReplyDelete
  15. bagus lah kalau perkasa melayu tidak mengundi supaya senang PR menang....hidup PR

    ReplyDelete
  16. PERKASA - kau itu Islam APA? Bodoh punya PERKASA.

    Kita pakai Dakwat Kekal supaya tiada orang pakai TIPU. TIPU itu HARAM.Dakwat Kekal bukan HARAM.

    Bagus kau mati.Tidak payah mengundi.


    Gonzales

    ReplyDelete
  17. YESSSS....!!!! kurang2 juga pengundi BN....hahahha

    WHO CARES....??????PEKASAM....WHO CARES......????hahahaha.....

    ReplyDelete
  18. Stupid statement i think he is talking for him self only.

    ReplyDelete
  19. Apa??? Wakakakak!
    Bagus Perkasa tubuhkan kumpulan 'Supermoron Cartoon'.

    Lawak,terhebat, 2011!

    Jadi Melayu saja! Kenapa? Mereka dilahirkan untuk tidakmengundi jika guna ink warna silver,begitu, iya?

    Kalau warna hitam bolehkah? Nah ituuulah... Pru12 dulu sudah lulus itu dakwat hitam tapiditarik saat2 akhir!

    Jadi sekarang alasannya apa? Apaaa? Sengaja kasi warna silver? Begitu? Otak udang PERKASA.

    Jadi kami yang Dusun islam macam mana? Kalau bilang haram, kenapa Melayu saja?

    Allah pilih kasihkah pada kami islam Dusun?
    Bodoh!

    ReplyDelete
  20. Apa yang kamu (Perkasa) takut sangatkan ni?? Jangan mahu buat alasan itu inilah. Enough! Kenyataan pemimpin Perkasa hanya merendahkan mentaliti mereka. Saya pasti ada juga orang Melayu yang sangat malu dengan kamu!!

    ReplyDelete
  21. kenyataan perkasa bukannya berdasarkan kajian.. sekadar bergantung dengan teori politik mereka..

    ReplyDelete
  22. saya tengok, perkasa yang kebelakang dalam isu ini.. sebelum ini mereka senyap.. bila sudah dilaksanakan baru buat bising..

    ReplyDelete
  23. Siapa yang cakap tidak akan keluar undi? Itu tanggugjawab mereka sudah pasti mereka akan keluar. Kalau tidak keluar siapa yang rugi nanti.

    ReplyDelete
  24. kesediaan SPR untuk menggunapakai dakwat kekal pastinya disambut baik oleh banyak pihak.

    ReplyDelete
  25. apa yang disuarakan oleh perkasa hanyalah sekadar pandangan mereka saja.

    ReplyDelete