Search This Blog

Wednesday, December 21, 2011

KDN harus menjelaskan isu pertabalan Akjan sebagai sultan sulu

TENOM:  Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat Rudy Sulaiman Mairi (gambar), meminta  Kementerian Dalam Negeri  (KDN) memberi penjelasan  kepada rakyat Sabah  status kes Pengerusi  Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Sabah Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad berkaitan isu  menabalkan dirinya sebagai  Sultan Sulu beberapa bulan lalu.

Katanya,  rakyat dinegeri ini masih keliru dan tertanya tanya apakah status kes tersebut  setakat ini sama ada ianya dilupuskan begitu sahaja atau sebaliknya kerana  sebelum itu kes tersebut pernah menggemparkan rakyat Sabah kerana  ianya tidak pernah berlaku sebelum ini.


“Kita minta pihak KDN setidak tidaknya tampil memberi penjelasan…lagi pun gelagat Akjan kini semakin agresif  dimana kelibatnya seakan akan seorang pemimpin mewakili kesukuannya  selepas bebas menyebabkan timbul kemarahan dipihak kesukuan lain,” kata Rudy dalam satu kenyataan disini pada Selasa.

“Sedangkan banyak orang tahu isu Akjan adalah serius termasuk latar belakangnya, tetapi mengapa dia boleh dilepaskan begitu mudah tanpa dihadapkan ke Mahkamah mahu pun penjelasan terperinci daripada KDN. Keadaan itu menimbulkan sesuatu pra sangka buruk  terhadap kerajaan,” tegas Rudy.

Pada Isnin, Akjan atas kapasitinya sebagai Pengerusi Pekida Sabah dalam satu kenyataan dilaporkan berkata, pertubuhan itu membantah penubuhan RCI untuk menyiasat pemberian Kad Pengenalan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi  ‘Projek IC’ yang disifatkannya sebagai karut dan tidak benar.

Akjan menambah, keujudan RCI tidak memberi kesan positif terhadap matlamatnya malah ia bakal mengujudkan perselisihan faham dan ketegangan dikalangan kesukuan dan etnik lain diSabah sambil menambah bahawa ia sengaja dilakukan oleh pemimpin pemimpin politik dengan niat yang jahat untuk menimbulkan permusuhan dengan kerajaan pusat.

Dalam pada itu, Rudy  terkejut dengan kenyataan Akjan kerana dengan begitu sombong menidakkan hak rakyat Sabah untuk meminta kerajaan menyelesaikan masalah yang menghantui rakyat Sabah seperti isu pemberian Kad Pengenalan secara tidak sah yang berlaku berpuluh tahun lalu.

Tambahnya, memang tepat sekali langkah yang sebaik baik dan wajar dilakukan  dengan menubuh RCI sebagai suatu pendekatan yang terbaik malah  ia dibenarkan mengikut undang undang dan Perlembagaan Negara.

“Akjan tak perlu gentar dengan penubuhan RCI kerana ia merupakan suatu  badan yang ditubuh khusus untuk menyiasat pemberian Kad Pengenalan kepada PATI…tetapi sekiranya pemberian itu dilaksanakan secara sah dan teratur kenapa pula perlu gusar dengan pelbagai tuduhan itu dan ini,” tegas Rudy.

Mengenai dengan kewujudan kesukuan  dan 26 etnik  diSabah termasuk Suluk, Bajau-ubian, dan Simunul, sememangnya etnik itu sudah lahir diSabah sejak sebelum merdeka lagi iaitu dizaman Kolonial lagi dimana etnik etnik itu  merupakan rakyat yang berstatus warganegara walaupun nenek moyang mereka dipercayai berasal dari kepulauan Sulu.

Sebaliknya tegas Rudy, apa yang dipersoalkan dalam konteks ini adalah  bagi mereka yang berhijrah ke negeri ini secara tidak sah atau pelarian akibat peperangan saudara yang tercetus diSelatan Filipina sekitar tahun 1970an adalah disifatkan sebagai PATI.

Oleh:  Mail Mathew

62 comments:

  1. Akjan boleh tabalkan diri nya 100 kali jadi sultan Sulu tapi malang tidak di iktiraf oleh mana-mana kerajaan pun termasuk Negara Pilipin sendiri.Lagi pun mana boleh ada dua sultan Sulu.

    Saya tidak dengar pun Yang di Pertuan Agung jemput dia ke Istana Negara.Kalau betul dia sultan Sulu saya pasti mesti ada banquet di Istana negeri pun.Jangan lah orang Sabah ingat dia itu sultan.Sebenarnya hanya bekas pencuci kereta di Sinsuran.

    ReplyDelete
  2. MatJair Ag Lamat, Buang Sayang, PaparDecember 21, 2011 at 6:25 AM

    Kalau hari ini Akjan menabalkan dirinya sebagai Sultan Sulu...esok2 dia menabalkan pula dirinya sbg TYT Sabah. Mcm2 boleh berlaku kerana Akjan bnyk wang...dia boleh ketepikan apa saja undang undang dinegara ini utk melaksanakan matlamatnya.
    Lihat sajalah...sekarang ini dlm press statementnya, dia melabelkan kita rakyat Sabah buta sejarah. Selepas ini tentulah Akjan pula terus berkokok kononnya kita rakyat Sabah DUNGU, PALUI dan BODOH!

    ReplyDelete
  3. Sultan Sulu tidak diterima di Sabah, jangan cuba nak mempengaruh rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  4. Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan orang luar seperti Sulta Sulu.

    ReplyDelete
  5. Dulu betullah si Akjan ini pencuci kereta tapi dengan wang berjuta yang dia perolehi semasa terlibat dengan Projek IC, maka tiba2 ketamakannya menjadijadi dan bercita2 menjadi Sultan.

    UMNO pula sangat perlukan orang seperti dia untuk membantu misi mereka untuk mengatasi majoriti kaum KDM di Sabahdan juga ugama islam. Kaum Bajau asli dan Berunei serta kaum Dusun yang beragama islam padamulanya turut terlibat memberi sokongan atas sebab agama, tapi setelah keadaan tidak terkawal sekarangdi mana PATI telah mengatasi bilangan orang asal Sabah maka barulah mereka tersedar tapi sudah terlambat!

    Ada juga yang terus menyokong kerana mereka rasa nikmat atas kehadiran PATI kerana mereka mendapat keuntungan atas kehadiran PATI ke Sabah.

    Si Akjan memang banyak duit,hasil bisness haram ICserta penubuhan PEKIDAuntuk menyatukan PATI islam di sabah yg beragama islam walaupun di Dabah sudah ada banyak pertubuhan berasaskan agama.

    Persatuan MUALAF Sabahpun ramai juga PATI dan jutaan wang di salurkan oleh JAHEIM. Itulah punca2 kekayaan Akjan dan beberapa orang PATIdi Sabah. PILAK dengan kebijaksanaan dia , Bugis juga dengan cara dia yang tersendiri.

    Jadi apa lagi yang tinggal untuk orang asal Sabah? Para pemimpinnya pula asyik dengan wayang kulit BN/UMNO.

    Tidak pintar,tidak berani kerana takut hilang harta kekayaan. Tidak heran jika Akjan akan menguasai Sabah satu hari nanti kerana, PATI di Sabah kini sudah mengatasi jumlah rakyat tempatan.


    Kalauini PATI bersatu, rakyat Sabah putih mata!
    Mampus2! Mampus Akjan!

    ReplyDelete
  6. USIA sudah lama ada di Sabah, rasanya PEKIDA tidak diperlukan. Akjan sengaja saja buat kacau di Sabah. RCI tu harus diluluskan, ia merupakan harapan pada Sabahan Ori.

    ReplyDelete
  7. Isu Akjan ini perlu diberi penjelasan, jangan kelirukan rakyat Sabah. Akjan sekarang sudah berani mempertikaikan penubuhan RCI, rakyat Sabah sudah tentu geram dan bingung.

    ReplyDelete
  8. sepatutnya kewarganegaraan Akjan dilucutkan serta merta dulu.

    ReplyDelete
  9. saya pun hairan macam mana Akjan boleh terlepas begitu saja sedangkan kes dia ni sangat serius. silap2 haribulan Sabah ni nanti betul2 bersultankan Akjan.

    ReplyDelete
  10. pasti ada udang di sebalik batu.

    ReplyDelete
  11. walaupun Akjan tabalkan diri sebagai Sultan sulu, namun tiada siapa yang nak menerimanya sebagi sultan, jgnkan di Sabah, pendudk Sulu di filipina sendiri tak mengaku dia sebagai Sultan, dia hnya syok sendiri.

    ReplyDelete
  12. tindkan akjan tabalkan diri sebagai sultan adalah satu penghinaan keatas kedaulatan negara kita. seharusnya ambil tindakan tegas keatasnya.

    ReplyDelete
  13. Kenapa betul mau sibok dengan Akjan ini.Tidak ada kerja lain kah?

    ReplyDelete
  14. bukan kita mempertikai penabalan Akjan sebagai sultan tapi yang kita pertikaikan kenapa tidak ada undang-undang malaysia yang boleh mendakwa beliau yang menghina TYT sabah,bagi kita rakyat sabah taat setia kita kepada TYT ibarat taat setia rakyat selangor kepada sultan selangor,sepatutnya si akjan ini sudah dimasukkan dalam penjara kepayan sebab menghina TYT sabah sedang kan kita menghina PDRM pun sudah masuk 1 bulan penjara walaupun kadang-kadang kakitangan PDRM yang membuat onar dan provakasi.

    ReplyDelete
  15. SI AKJAN INI TIDAK PAYAH DISUMPAH ,LAMA LAMA MATI JUGA.Tinggallah 4 bini dia di Kg Likas.

    Bini dia ini semua MONTEL MONTEL,pandai AKJAN pilih.

    ReplyDelete
  16. Orang buta pun sedar akan kebebasan serta kelancangan Akjan sejak akhir-akhir ini.

    ReplyDelete
  17. Entah kenapa saya merasakan Akjan ni kebal, seolah-olah ada 'kuasa' yang melindunginya... Sesuatu harus dilakukan dan jangan dibiarkan saja.

    ReplyDelete
  18. Untuk kepentingan bersama rasanya ada baikknya juga kebebasan si Akjan ni disekat. Kalau tak makin naik kepala lah dia ni..

    ReplyDelete
  19. Logiknya kalau betul lah Akjan ni orang baik dan bukan hasil dari 'projek ic' pasti dia tahu apa yang diingini oleh rakyat tempatan. Kalau dia terus dengan sikapnya yang tunjuk hero, aishh entah apalah yang akan berlaku nanti.

    ReplyDelete
  20. Penjekasan harus dibuat bagi mengurangkan kekeliruan yang timbul... Kalau takda juga, kita sebagai rakyat sendiri mahu ingatlah dan buat apa yang patut.

    ReplyDelete
  21. Akjan should be banned from Sabah, in fact better ban him from coming into Malaysia.

    ReplyDelete
  22. he pose a threat to sabah security. If its easy for him to be the sultan, then it most probably would be easy for sabah to fall into akjan.

    ReplyDelete
  23. An explanation is definitely needed from the KDN.

    ReplyDelete
  24. suruh la media sapp buat temuramah dengan pihak KDN..

    ReplyDelete
  25. He is self proclaimed one.

    ReplyDelete
  26. Jangan buat sesuatu yang hanya merugikan.

    ReplyDelete
  27. This issue should put to rest forever.

    ReplyDelete
  28. Apa nak jadi dengan Akjan?Tak munasabah.

    ReplyDelete
  29. Orang bersalah saja yang tidak mahukan penubuhan RCI. Sebab takut tembelang pecah. Kan? Kan? Kan?!

    ReplyDelete
  30. Si Anak Petagas tidak pula mengomen di sini ya! Tapi Tulisan Awang Ahmad Shah dicemuhnya.

    Ternyata Anak Petagas ini Tontolou palangayat!=PATI

    ReplyDelete
  31. penjelasan harus diberikan oleh KDN khasnya menteri KDN.

    ReplyDelete
  32. Akjan harus diusir keluar dari sabah..

    ReplyDelete
  33. KDN harus menyokong penuh penubuhan RCI..ini bagi membuktikan KDN tiada apa yang disembunyikan..

    ReplyDelete
  34. rakyat sabah mahu RCI ditubuhkan...

    ReplyDelete
  35. yang pasti tiada pun yang mengiktiraf Akjan.

    ReplyDelete
  36. Mana sudah tontolou dorang Si Musang Berjanggut! sama KDN Kerismudin!

    Pengerusi MCLM sdra Harris dihalanh di airport KKIA sedangkan dia seorang warganegara.

    Sebaliknya Si Akjan anjing kurap dari pilipin, dijadikan pengerusi PEKIDA!

    Inilah yg dikatakan, kera di hutan disusukan tapi anak dirumah diracuni!

    PUKIMAK si Kerismudin(Hishammudin) sama Musang Berjanggut!

    Penipu rakyat!

    ReplyDelete
  37. KDN harus membuktikan diri jiak tidak terbabit dalam projek IC.

    ReplyDelete
  38. KDN should give explanation to avoid negative perception from the public.

    ReplyDelete
  39. Buat siasatan supaya kebenaran didedahkan.

    ReplyDelete
  40. Semoga Sultan Sulu tidak membawa unsur negatif di Sabah.

    ReplyDelete
  41. Akjan mengancam ketenteraman yang sedia ada. Semoga siasatan terperinci dibuat.

    ReplyDelete
  42. sememangnya betul bahawa negeri Sabah dan rakyat tulen
    negeri ini perlu dilindungi hak mereka demi masa depan anak bangsa.

    ReplyDelete
  43. semoga kerajaan dapat merombak kembali Dasar Maritim dan
    Undang-Undang Imigresen serta mengetatkan kawalan keselamatan perairan
    negara bagi menjamin sempadan negara ini tidak mudah dibolosi dan
    dicabuli PATI.

    ReplyDelete
  44. sudah sekian lama rakyat menggesa Kerajaan Persekutuan untuk memberikan perhatian serius kerana isu ini sudah semakin meruncing.

    ReplyDelete
  45. Semoga masalah ini akan diselesaikan dengan segera kerana ia menyebabkan terlalu banyak masalah kepada Sabah

    ReplyDelete
  46. semoga perjuangan ini akan diteruskan oleh para pemimpin Sabah tidak
    kira pihak kerajaan ataupun pembangkang walaupun selepas PRU-13 nanti

    ReplyDelete
  47. usaha untuk menyelesaikan masalah pati memerlukan kesungguhan daripada semua pihak.

    ReplyDelete
  48. semua harus sentiasa bekerjasama untuk menyelesaikan masalah pati.

    ReplyDelete
  49. Harus juga KDN membuat penjelasan untuk mengelakkan tanggapan negatif.

    ReplyDelete
  50. Apakah tujuan Akjan sebenarnya?

    ReplyDelete
  51. Masalah harus dikenal pasti agar tidak mengancam ketenteraman Sabah.

    ReplyDelete
  52. Jika KDN terima penubuhan RCI, terbukti juga KDN tidak terlibat dalam projek ic tersebut, lain jika KDN menolak RCI.

    ReplyDelete
  53. Unsur yang merosakkan keharmonian negeri Sabah harus diambil tindakan.

    ReplyDelete
  54. KDN harus membuat pilihan yang bijak

    ReplyDelete
  55. Dn't carelah now....just solve that troublesome case. This is not getting anywhere.

    ReplyDelete
  56. Even though after the election, i don't this PATI problem will not get solves anyway.

    ReplyDelete
  57. A lot of problems, yet can't finish solving any.

    ReplyDelete
  58. Kenapa mereka yang melakukan kesalahan mentabalkan diri sebagai sultan tidak dikenakan tindakan undang-undang?

    ReplyDelete
  59. Apa yang berlaku sebenarnya sehinggakan Akjan tidak ditangkap dan dibawa kemahkamah atas apa yang telah dilakukan oleh Akjan. Orang seperti ini tidak boleh dibiarkan begitu saja. Nanti akan mendatangkan perkara yang tidak diingini pada akan datang.

    ReplyDelete
  60. KDN perlu menyiasat perkara ini sebaiknya. Bukti gambar telah ada dan saksi juga sudah ada tapi kenapa boleh terlepas begitu saja. Apa kepentingan Akjan sehinggakan dia boleh terlepas begitu saja.

    ReplyDelete
  61. Berkempen secara besar-besaran untuk dibuang negara "Sultan PTI" ini.

    ReplyDelete